Kenali RFID



Para pelanggan mempunyai pilihan untuk memasang tag RFID di pusat pemasangan tag atau memasangnya sendiri.

Untuk pemasangan tag RFID di pusat pemasangan, para pelanggan boleh melayari https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres bagi mendapatkan senarai pusat pemasangan RFID dan waktu operasi untuk pemasangan tag RFID termasuklah yang beroperasi di sepanjang lebuh raya PLUS.

Manakala untuk pemasangan sendiri, pelanggan boleh melayari https://www.touchngo.com.my/consumer/toll/touch-n-go-rfid/purchase-touch-n-go-rfid untuk pembelian tag RFID.
Tag RFID merupakan produk pihak Touch ‘n Go.

Para pelanggan dinasihatkan untuk pergi ke pusat pemasangan tag RFID yang sedia ada untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar pemasangan tag RFID. (https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres).

Bagi pelanggan yang memilih untuk melakukan pemasangan sendiri, sila rujuk panduan yang disertakan dengan pek permulaan pemasangan sendiri tag RFID atau layari https://rfid.touchngo.com.my/self-fitment untuk maklumat lanjut.
Pelanggan yang mengalami masalah pengesanan di Lebuhraya PLUS akan diberi voucher pemeriksaan daripada pembantu khidmat pelanggan PLUS Pelanggan yang diberikan voucher tersebut boleh melawat pusat pemasangan tag RFID terdekat dan mengunakan voucher untuk mendapatkan pemeriksaan pemasangan dan kebolehkesanan tag RFID yang telah dipasang.

*tertakluk pada terma dan syarat
Pada ketika ini, tag RFID hanya boleh dipasang di sebelah kiri cermin hadapan ataupun lampu hadapan kenderaan. Ia membolehkan kadar pengesanan yang lebih baik ketika melalui lorong RFID.
Setiap RFID adalah unik untuk sebuah kenderaan sahaja dan tidak boleh digunakan untuk kenderaan-kenderaan lain.
Setelah tag RFID dipasang, ia akan dipautkan kepada e-wallet. Sila tunggu 24 jam sebelum di guna di lebuhraya

Tag tersebut dipasang mengikut panduan yang betul, sama ada pada lampu hadapan kiri atau cermin hadapan kiri.

*Nota
Tag RFID tidak mempunyai baki setelah dipasang pada kenderaan.
Pastikan urusan tambah nilai dilakukan terlebih dahulu menerusi eWallet sebelum menggunakan tag tersebut untuk pembayaran tol.
Anda boleh membuat transaksi tambah nilai melalui perbankan internet menerusi (FPX), kad debit/kredit dan pin tambah nilai eWallet

Bagi maklumat berkenaan menambah nilai baki e-Wallet, sila layari https://support.tngdigital.com.my/hc/en-my/articles/360035649094-How-can-I-reload-my-Touch-n-Go-eWallet-account-
Bagi sebarang persoalan dan isu berkaitan warranti/jaminan tag RFID, sila hubungi Khidmat Pelanggan Touch 'n Go di 03-2714 8888 atau emelkan kepada careline@touchngo.com.my
Sistem pembayaran tol menggunakan RFID adalah pilihan pembayaran terbaharu yang ditawarkan kepada pelanggan lebuh raya, selain pembayaran menerusi kad Touch 'n Go dan SmartTAG yang sedia ada.

Harga tag RFID lebih murah dan mampu milik dengan hanya RM35.

Tag RFID tidak menggunakan bateri.

Tidak perlu tambah nilai kad Touch ‵n Go secara fizikal di lokasi tambah nilai.

Urusan tambah nilai dan menyemak baki lebih mudah menerusi eWallet.

Mengurangkan risiko baki kad Touch ‵n Go tidak mencukupi.

Mengurangkan interaksi fizikal dengan kakitangan tol akibat baki kurang di plaza tol.

Mengurangkan kesesakan dan gangguan perjalanan di plaza tol.
Pihak PLUS menyediakan 3 pilihan mod pembayaran kepada para pelanggan, maka para pelanggan bebas memilih mod-mod pembayaran tol yang sesuai untuk keperluan individu.

Pilihan mod-mod pembayaran yang disediakan adalah melalui kad Touch ‘n Go, SmartTAG, dan tag RFID.
Para pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk mendapatkan bantuan daripada pusat-pusat pemasangan tag RFID untuk memasang tag RFID dan pengaktifan e-wallet masing-masing.

Sehingga 20 Januari 2022, sebanyak 24 pusat pemasangan tag RFID telah dibuka di sepanjang Lebuhraya PLUS di lokasi-lokasi berikut: https://rfidregister.touchngo.com.my/fitment-centres

Tambah nilai e-wallet boleh dilakukan melalui pemindahan dalam talian daripada mana-mana akaun bank, kad debit/kredit atau pin tambah nilai (untuk tambah nilai secara tunai).
Anda boleh menyemak baki RFID dengan menggunakan aplikasi eWallet.
Sentiasa memastikan eWallet mempunyai baki yang mencukupi untuk transaksi tol.

Urusan menambah nilai eWallet boleh dilakukan secara online menerusi aplikasi Touch ‵n Go.

Baki eWallet boleh disemak dengan mudah menerusi aplikasi tersebut.
- Tidak.

- Pastikan anda memasuki lebuh raya menerusi lorong MyRFID dan keluar menerusi lorong MyRFID.

-Untuk memastikan perjalanan dan transaksi tol yang lancar, para pengguna RFID dinasihatkan untuk melalui lorong MyRFID sahaja untuk masuk dan keluar lebuhraya.
Pada ketika ini, pelanggan dinasihatkan supaya memastikan kelajuan 20km/j ketika melalui lorong RFID.
1. Pastikan pelanggan sudah aktifkan tag RFID
2. Para pelanggan harus memeriksa baki dalam e-wallet.
3. Jika baki tidak mencukupi, sila lakukan tambah nilai dengan segera melalui e-wallet.
4. Jika baki mencukupi, tetapi palang masih tidak terbuka, tekan butang interkom di lorong dan pembantu khidmat pelanggan (CSA) kami akan datang untuk membantu anda.
5. Jika para pelanggan masih menghadapi masalah, kupon Touch ‘n Go akan diberikan untuk dibawa ke pusat pemasangan tag RFID Touch ‘n Go yang terdekat untuk pemeriksaan selanjutnya.
Pihak PLUS mempunyai sistem sokongan dan peranti mudah alih sekira berlaku gangguan capaian internet di lorong-lorong tol
PLUS mempunyai prosidur yang telah ditetapkan sekiranya ianya berlaku bagi memastikan keselesaan pelanggan terus diutamakan.

Petugas tol PLUS akan menggunakan pengimbas mudah alih untuk membantu transaksi tol.
Syarikat Touch ‘n Go akan memulakan program pemeriksaan dan penggantian tag RFID bermula 23 Januari 2022

Sekiranya para pelanggan tidak dapat melalui lorong MyRFID dengan lancar, sekalipun dengan bantuan pembantu khidmat pelanggan (CSA) di lorong, para pelanggan akan diberikan kupon pemeriksaan Touch ‘n Go.

Para pelanggan harus membawa kupon Touch ‘n Go tersebut ke pusat pemasangan tag RFID Touch ‘n Go terdekat untuk pemeriksaan lebih lanjut ke atas tag RFID berkenaan. Sekiranya ianya disahkan telah gagal berfungsi dengan baik atau rosak, tag tersebut akan digantikan dengan percuma untuk kali pertama oleh Touch ‘n Go, tertakluk kepada terma dan syarat Touch ‘n Go.

- Bagi pemasangan melalui Pusat Pemasangan RFID, pelanggan boleh mengunjungi Pusat Pemasangan RFID untuk mendapatkan tag RFID yang baharu.
- Bagi pelanggan yang memilih untuk memasang sendiri tag RFID, pelanggan boleh memohon penggantian tag RFID melalui portal RFID melalui https://rfid.touchngo.com.my/login?returnUrl=%2Fmy-vehicle atau menghubungi Touch 'n Go Careline.
- Tag RFID anda akan diaktifkan dalam masa 24 jam daripada masa pemasangan dan akan diberikan notifikasi melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Mengikut spesifikasi pihak pengeluar, tag RFID mempunyai jangkamasa ketahanan sehingga 5 tahun, tertakluk kepada cara-cara penggunaan dan penjagaan oleh individu.

Para pelanggan dinasihatkan untuk mengunjungi pusat pemasangan RFID terdekat untuk pemeriksaan, sekiranya perlu.

Para pelanggan boleh juga merujuk kepada pek pemasangan tag RFID untuk maklumat lanjut.
Tag RFID adalah unik untuk setiap kenderaan dan tidak boleh dipindahkan kepada kenderaan lain.

E-wallet boleh dipautkan oleh lebih daripada satu tag. Mekanisme yang disediakan ini membolehkan para pelanggan menguruskan transaksi tol dengan lebih mudah. Ini akan memberi keselesaan kepada setiap ahli keluarga untuk menguruskan perjalanan kenderaan mereka.
Pengguna RFID disarankan supaya mengelakkan mencuci cermin depan atau lampu depan dengan TNG RFID Tag dalam masa 24 jam yang pertama selepas pemasangan.

Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan bahan-bahan kimia ketika membersihkan permukaan cermin depan atau lampu depan yang telah dilekat dengan TNG RFID Tag.

Jika menghantar kenderaan untuk mencuci kereta di pusat pembersihan kereta, sila pesan untuk berhati-hati dengan tag TNG RFID Tag.
Sila e-mel careline@touchngo.com.my dengan serta merta untuk melaporkan dan menyekatkan tag RFID anda untuk mengelakkan sebarang penggunaan.
- Sekiranya berlaku masalah teknikal & dikenakan caj tol maksima, sila layari https://rfid.touchngo.com.my/login?returnUrl=%2Ftransaction%2Frefund-request untuk membuat sebarang permohonan bayaran balik.

- Pihak Touch ‵n Go dan syarikat Konsesi akan melakukan semakan terhadap transaksi tersebut.

- Sebarang permohonan bayaran balik hendaklah dilakukan dalam tempoh 30 hari dari tarikh kejadian.
- Untuk menikmati pengalaman mobiliti yang lancar , sistem RFID dilaksanakan di lebuh raya bertol di Malaysia untuk menjadikan pergerakan dan perjalanan rakyat yang lebih mudah selari dengan perkembangan teknologi pada masa hadapan.

- Ini sebagai langkah awal ke arah matlamat sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).

- Sistem RFID di PLUS dilengkapi dengan sistem Pengecamanan Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR) dan Pusat Validasi Tol (PVT) sebagai proses pengesahan tambahan yang boleh dijadikan rujukan apabila diperlukan.

- Teknologi RFID membolehkan pelanggan menikmati perjalanan yang lebih lancar.

- Menggalakkan penggunaan eWallet dan pembayaran tol tanpa tunai dengan teknologi tanpa sentuh.
Tidak, tag RFID merupakan salah satu kemudahan dan pilihan pelanggan bagi pembayaran tol selain daripada kad Touch ‵n Go dan SmartTAG.

Pembayaran tol menerusi kad Touch ‵n Go atau SmartTAG masih diterima (sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan kepada pelanggan).
TOUCH N GO

*Kad fizikal yang menggunakan cip MIFARE dan ia perlu disentuh pada alat pengesan untuk menjayakan sesuatu transaksi.
*Kad pra-bayar yang menggunakan wang tunai.
*Tambah nilai dilakukan secara fizikal di lokasi tambah nilai.
*Lorong keluar Touch ‵n Gomengendalikan kira-kira 450 transaksi tol dalam masa satu jam.

SMART TAG

*Peranti (yang digunakan bersama kad Touch ‵n Go).
*Menggunakan bateri bagi peranti
*Menggunakan isyarat teknologi inframerah dan berbeza teknologi berbanding dengan tag RFID bagi transaksi tol
*Lorong SmartTAG mampu mengendalikan kira-kira 1,000 transaksi tol dalam masa satu jam.

TAG RFID

* Tag yang dipasang pada kenderaan.
*Tag diimbas oleh alat pengesan menggunakan rekuensi radio bagi transaksi tol.
*Tag RFID tidak menggunakan bateri dan semua urusan tambah nilai dikendalikan secara online tanpa perlu mengunjungi kaunter-kaunter tambah nilai.
*Sumber dana transaksi melalui akaun eWallet.
*Tambah nilai dilakukan secara dalam talian menerusi akaun eWallet.
*lorong MyRFID mampu mengendalikan kira-kira 1,000 transaksi tol dalam masa satu jam.
Sistem RFID melibatkan mekanisme pengesan RFID yang dipasang di lorong MyRFID. Mekanisme pengesan RFID ini direka dan dipasang untuk mengesan tag RFID yang telah dipautkan kepada e-wallet.

Apabila para pelanggan memaut tag RFID kepada e-wallet, para pelanggan diwajibkan untuk mendaftarkan bersama-sama maklumat unik kenderaan seperti nombor plat, jenama dan model kenderaan, dan tahun pengilangan kenderaan. Ini menjadikan setiap tag RFID yang telah dipaut adalah unik kepada kenderaan yang didaftar.

Maka untuk memastikan perjalanan lebuhraya dan transaksi tol yang lancar, penggunaan setiap tag RFID haruslah digunakan secara eklusif kepada kenderaan yang didaftarkan sahaja.
Pada masa ini, pelanggan lebuh raya boleh menggunakan sistem RFID di semua lebuh raya PLUS untuk kenderaan penumpang persendirian (kelas 1).Kegunaan sistem RFID untuk kelas-kelas kenderaan lain seperti lori dan bas akan diperkenalkan pada masa hadapan.
- Sistem RFID diperkenalkan secara berperingkat di lebuh raya bahagian barat semenanjung Malaysia.
- Penggunaan sistem RFID bagi Lebuhraya PLUS telah dilaksanakan untuk 10 plaza tol sistem terbuka* pada 1 Januari 2020
- Mulai 31 Oktober 2021, penggunaan sistem RFID yang dilengkapi dengan Sistem Pengecaman Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR) ** telah dilancarkan oleh PLUS di 9 buah plaza tol sistem tertutup*** di utara bagi Kenderaan Penumpang Persendirian, melibatkan Plaza Tol Sungai Dua, Bertam, Sungai Petani Selatan, Sungai Petani Utara, Gurun, Pendang, Alor Setar Selatan, Alor Setar Utara dan Hutan Kampung. Terdahulu, PLUS telah memperkenalkan Ujian Rintis Awam pertama RFID di laluan tersebut sejak 22 Julai 2020.
- Sistem RFID telah diperluaskan sebagai pilihan pembayaran tol di laluan Juru hingga Skudai di Lebuhraya PLUS untuk kenderaan penumpang persendirian mulai 15 Januari 2022.
- Pelaksanaan RFID akan diperkenalkan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) secara berperingkat pada masa akan datang.
- Sila rujuk laman sesawang Touch ‵n Go untuk sebarang maklumat terkini www.touchngo.com.my

Nota:
* Plaza tol sistem terbuka – pembayaran tol secara kadar tetap berdasarkan kelas kenderaan dan dikenakan setiap kali kenderaan melalui plaza tol.
** Sistem Pengecaman Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR) adalah teknologi yang melakukan pengecaman nombor pendaftaran kenderaan melalui imej yang diambil di lorong tol untuk mengenalpasti lokasi kenderaan masuk dan keluar dari lebuh raya.
*** Plaza tol sistem tertutup - pembayaran tol berdasarkan jarak perjalanan serta kelas kenderaan dan pembayaran tol hanya dibuat di plaza tol keluar dari lebuh raya.
Buat masa kini, RFID hanya boleh dipautkan kepada akaun e-wallet peribadi / perseorangan. Rancangan untuk menawarkan akaun e-wallet syarikat akan diumumkan oleh penyedia perkhidmatan e-wallet dalam masa akan datang.
Bagi Sistem Tol Terbuka PLUS (LINKEDUA, Lebuhraya Seremban-PD, Jambatan Pulau Pinang, Expressway Butterworth-Kulim dan juga plaza tol Jitra & Bangunan Sultan Iskandar), sistem pembayaran tol menggunakan RFID telah dilaksanakan bermula 01 Januari 2020.

Bagi Sistem Tol Tertutup PLUS terdapat dua fasa pelaksanaan.Lebuhraya Utara Selatan jajaran Hutan Kampung – Sungai Dua di utara telah dilaksanakan RFID bermula 22 Julai 2020. Manakala Lebuhraya Utara Selatan jajaran Juru – Skudai, NKVE, dan ELITE telah dilaksanakan bermula 15 Januari 2022.
Pihak PLUS telah menyediakan sekurang kurangnya satu lorong RFID di setiap hala masuk dan keluar di semua plaza di lebuhraya PLUS.

Untuk plaza-plaza utama seperti Plaza Tol Jalan Duta dan Plaza Tol Sg Besi, lebih dari satu lorong RFID disediakan untuk kedua-dua hala masuk dan keluar, disamping terdapat juga lorong-lorong TnG dan SmartTAG yang sedia ada.

PLUS mengendalikan 94 tol plaza di Pantai Barat semenanjung (termasuk satu (1) plaza integrasi Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dimiliki oleh Jambatan Kedua Sdn Bhd).
Pihak PLUS akan secara berterusan mendidik orang ramai tentang penggunaan RFID yang betul termasuklah mengingatkan supaya mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID.
Pihak PLUS akan mengadakan pendidikan dan pencerahan tentang RFID secara berterusan untuk mengajak orang ramai berpindah kepada RFID.
Pelaksanaan pembayaran tol melalui sistem PayDirect bagi kad TNG untuk lebuhraya PLUS masih dalam peringkat kajian. PLUS akan membuat pengumuman dari semasa ke semasa tentang pilihan-pilihan pembayaran tol yang disediakan.
- PLUS melaksanakan sistem pembayaran tol menggunakan tag RFID yang dilengkapi dengan Sistem Pengecaman Automatik Nombor Pendaftaran Kenderaan (ANPR) dan Pusat Validasi Tol (PVT).
- Sistem ANPR adalah teknologi yang melakukan pengecaman nombor pendaftaran kenderaan melalui imej yang diambil di lorong tol untuk mengenalpasti\ lokasi kenderaan masuk dan keluar dari lebuh raya dengan lebih pantas dan mudah.
- Imej nombor pendaftaran kenderaan kemudiannya dihantar ke enjin ANPR dan Sistem Carian Pusat yang berupaya memproses imej dan memadankan tag RFID.
- Transaksi yang bermasalah akan dihantar ke Pusat Validasi Tol (PVT) untuk pengesahan bagi mengira bayaran tol.
- Bagi kes-kes luar biasa yang dihadapi seperti tiada rekod kemasukan di plaza tol, Sistem ANPR dan PVT akan mendapatkan bukti menerusi imej, membuat padanan dan mengira pasca kadar tol berdasarkan Terma Penggunaan kepada pelanggan dalam masa yang singkat untuk menyelesaikan isu yang mungkin timbul.
- Justeru, ia dijangka dapat menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih lancar kepada pelanggan ketika melalui lorong tol.
Pilihan pembayaran tol melalui sistem RFID di semua sistem tol terbuka lebuh raya PLUS (seperti Jambatan Pulau Pinang dan Butterworth Kulim Expressway) telah dilaksanakan selama 2 tahun.
PLUS juga telah melaksanakan ujian perintis awam sistem tol tertutup di jajaran Hutan Kampung-Sungai Dua selama lebih 18 bulan.
Daripada kedua-dua pelaksanaan sistem RFID tersebut, PLUS telah mengumpul dan menganalisa data untuk menambahbaik deteksi RFID di lorong termasuk mengadakan sistem kamera ANPR dan mewujudkan pusat validasi tol.
Hasil dari itu, penambahbaikan yang dikenalpasti telah dilaksanakan di jajaran Hutan Kampung-Sungai Dua dan Juru-Skudai.
PLUS sentiasa menambahbaik sistem RFID dengan menerima maklum balas dari pelanggan dan membuat pemerhatian terhadap cara penggunaan RFID oleh pelanggan.
Pada ketika ini, produk RFID di semua lebuhraya di negara ini adalah milik Syarikat Touch ‘n Go Sdn Bhd (Touch ‘n Go).
Kesemua Pembaca dan peralatan sistem RFID yang digunakan di semua lebuh raya perlu menepati spesifikasi dan panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia.
Tag RFID merupakan produk pihak Touch ‘n Go. Bagi sebarang persoalan dan isu berkaitan harga tag RFID, sila hubungi Khidmat Pelanggan Touch 'n Go di 03-2714 8888 atau emelkan kepada careline@touchngo.com.my
TAG VEP RFID
- Dipasang khusus bagi kenderaan asing/berdaftar dari Singapura oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
- Boleh digunakan untuk membuat pembayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) ketika memasuki Malaysia melalui Kompleks Bangunan Sultan Iskandar (BSI) atau Kompleks Sultan Abu Bakar.
- Boleh digunakan untuk pembayaran tol di lebuh raya yang menyediakan laluan RFID di Malaysia (Tag VEP RFID perlu dipautkan ke eWallet untuk pembayaran tol dan penambahan nilai).

Tag RFID
'- Digunakan untuk pembayaran tol di lebuh raya yang menyediakan laluan RFID.
- Tidak boleh digunakan untuk membuat pembayaran Permit Masuk Kenderaan (VEP) ketika memasuki Malaysia melalui Kompleks Bangunan Sultan Iskandar (BSI) atau Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).
Di plaza-plaza tol utama, lorong Touch ‵n Go atau SmartTAG akan dinaiktaraf kepada lorong MyRFID secara berperingkat.
Lorong TnG dan SmartTAG akan dikurangkan secara peringkat mengikut kadar penggunaan RFID, TNG dan SmartTAG. Sebarang cadangan pengurangan Lorong TnG dan SmartTAG akan dibincang dan dipersetujui oleh pihak berkuasa. Pengurangan lorong TnG dan SmartTag akan diumumkan dengan proaktif kepada pelanggan.
Lorong-lorong RFID yang sedia ada masih beroperasi seperti sediakala dan tidak akan ditutup bagi memberi peluang kepada lebih 1.5 juta pelanggan RFID pada ketika ini menggunakannya. Ia juga memberi peluang kepada orang ramai untuk membiasakan diri sebelum membuat keputusan berhijrah kepada sistem RFID.

PLUS juga merancang untuk memperluaskan transaksi tol RFID untuk kenderaan kelas 1 di Pantai Timur (LPT2) selepas ini. Ini diikuti dengan transkasi tol RFID untuk kenderaan-kenderaan kelas lain.

Ia hanya akan dilaksanakan setelah semua prestasi sistem RFID berada pada tahap optimum dan semua telah bersedia untuk beralih kepada RFID.
Selepas orang ramai menyesuaikan diri dengan teknologi pembayaran tol RFID di lebuhraya, langklah seterusnya adalah Single Lane Free Flow (SLFF) dan diikuti dengan Multi-Lane Free Flow (MLFF).
Sistem MLFF hanya akan dilaksanakan selepas orang ramai dapat menyesuaikan diri dengan kaedah RFID.
Ia juga bergantung kepada kerjasama pihak berwajib untuk mempersiapkan pelan Perundangan (Legal Framework) untuk transaksi tol di bawah MLFF.
Apabila MLFF dilaksanakan, pengendali lebuhraya memerlukan data serta maklumat pengguna yang menggunakan pekrhidmatan lebuhraya mereka untuk mengenakan caj bayaran tol.

RFID membolehkan syarikat pengendali lebuhraya mengenalpasti pemilik kenderaan yang melalui lebuhraya mereka.
Sistem RFID Active merupakan sistem yang berunsurkan radio frequency identification (RFID) yang mengunakan sumber kuasa (bateri) untuk memancarkan isyarat transaksi.
Sistem RFID Passive merupakan sistem yang berunsurkan radio frequency identification yang dibekalkan sumber kuasa dari pemancar RFID untuk mendapat isyarat transaksi.
Sistem RFID yang dilaksanakan adalah mengikut spesikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa mengikut kajian dan ujian yang telah dibuat bagi kesesuian penggunaan di lebuh raya di Malaysia.
Sepertimana teknologi-teknologi baru yang lain, proses digitalisasi memerlukan satu jangkasama yang tertentu bagi orang ramai menyesuaikan diri dan menerima teknologi tersebut.

Ia tidak dilakukan secara mendadak atau serta-merta, tetapi dilakukan secara berperingkat bergantung kepada kadar penerimaan dan bagaimana orang ramai mengadaptasikan diri mereka dengan perubahan baru tersebut.